Laporan Minggu ke 9-11 (Pelaksanaan Projek)
Projek ini telah berlangsung bermula pada minggu 9 hingga 11 bertempat di Kolej Keris Mas. Perancangan awal adalah untuk menjalankan projek ini pada setiap Selasa dan Rabu malam, namun terpaksa ditukarkan mengikut fleksibiliti ahli kumpulan. Kami telah mengambil pendekatan kempen dengan pergi meja ke meja di kafeteria untuk memberi taklimat ringkas mengenai straw plastik dan kesannya terhadap alam sekitar sambil mempromosi penjualan straw mesra alam yang dijual pada harga RM1 setiap satu. Perkara ini mungkin terlihat mudah bagi sesetengah orang, namun ianya merupakan sesuatu yang mencabar buat diri kami kerana:
1) sukar untuk serius dalam berkempen apabila berhadapan rakan-rakan sendiri
2) susah untuk mendapatkan kerjasama warga kolej untuk meluangkan masa bagi kempen yang dijalankan
3) perlu mempromosi straw mesra alam yang dijual tanpa disalah anggap dengan tujuan sebenar berkempen
Selain itu juga, kami tidak meraih keuntungan yang banyak dari hasil penjualan, hanyalah sekitar RM27. Hal ini demikian kerana, harga straw yang dijual itu sendiri ditetapkan pada harga yang murah agar tidak membebankan rakan lain selari dengan konsep 'We Care We Share.' Kami juga sedar akan kesilapan kami yang lambat memulakan projek ini menyebabkan tidak banyak masa dapat diluangkan bagi meraih kutipan banyak sebagaimana perancangan awal agar dapat diberikan kepada golongan memerlukan seperti golongan yatim.

Comments
Post a Comment