Laporan Minggu ke-7 dan 8.
Minggu ke-7 dan 8 adalah di mana kami ahli kumpulan mula mencari bahan rujukan dan juga bahan berbentuk fizikal bertujuan untuk kempen. Bahan-bahan rujukan yang digunakan untuk mendidik masyarakat, khusunya warga Kolej Keris Mas perlu dicetak untuk dijadikan poster. Bagaimanapun, dengan kekangan wang, poster yang dihasilkan tidaklah gah. Dengan kekurangan ini, kami telah sepakat untuk menjadikan projek ini secara kecil-kecilan dan bukan secara besar-besaran iaitu bukan dengan melakukan kempen secara terbuka di khalayak ramai. Pada masa yang sama, masih mengekalkan konsep 'We Care We Share' dan menepati objektif-objektif projek ini dilaksanakan. Kami juga telah mula mewujudkan satu laman sosial di Instagram bagi menderi pendedahan kepada orang awam mengenai keburukan penggunaan straw sebelum melaksanakannya secara realiti di kolej. Laman sosial bagi projek ini digunakan bagi tujuan posting-posting yang mendidik masyarakat mengenai keburukan penggunaan straw plastik. Kami bercadang untuk meneruskan inisiatif ini biarpun setelah projek ini berakhir. Dari segi bahan fizikal pula, kami telah menggunakan modal sendiri untuk pembelian straw mesra alam sebelum dijual kepada warga Kolej Keris Mas bagi mendapatkan keuntungan yang akan ditukarkan sebagai sumbangan kepada mereka yang memerlukan.



Comments
Post a Comment