Laporan Minggu 13

Pada minggu ke 13, kami sudah mula memanfaatkan hasil dari jualan straw mesra alam kepada saluran yang sepatutnya. Perancangan kami untuk menderma kepada anak yatim tidak dapat dilaksanakan kerana jumlah keuntungan yang sangat sedikit. Sebaliknya, kami telah membuat perancangan baru, iaitu dengan keuntungan tersebut, membeli mineral dan didermakan kepada warga kolej. Secara kebetulan juga, pada minggu tersebut telah bermulanya bulan puasa. Maka, pengagihan berlaku selepas solat Tarawih di dewan KKM. Kami berharap, dengan usaha kami ini dapat memberi manfaat buat semua. Dan kami juga berharap, projek ini dapat dijalankan semula pada masa akan datang dengan lebih baik biarpun setelah selesai kursus.
Melalui projek ini, ia telah memberi impak yang mendalam dalam diri setiap individu dalam kumpulan kerana berupaya untuk menyumbangkan sesuatu dan membuatkan orang lain tersenyum. Kami juga sudah mula meraih keyakinan diri untuk mula bercakap dengan orang yang tidak dikenali dan cuba untuk mempertingkat gestur diri agar tidak kaku. Sehubungan dengan itu, kami ingin berterima kasih kepada Pn. Fatin Hazwani kerana memberi peluang dengan kelulusan untuk kami menjalankan projek ini.

Comments

Popular posts from this blog

Laporan Minggu ke-7 dan 8.

Laporan Minggu ke 9-11 (Pelaksanaan Projek)

Laporan Minggu 1-4