PENGHARGAAN
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan ke atas insan-insan yang sedang membaca blog ini.
Ini merupakan posting yang pertama dibuat dengan tujuan untuk memperkenalkan ahli dan menerangkan tujuan blog ini dibina. taknakstraw.blogspot.com ditubuhkan oleh lima orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia, untuk kursus Citra Pembangunan Diri I (LMCR1052) yang dibimbing oleh Puan Fatin Hazwani @ Hasidah binti Siran. Nama kumpulan yang dipilih oleh kami ialah 'Manusia Hijau' bagi melambangkan pertumbuhan, kesejahteraan dan keharmonian sesama ahli. Lima orang ahli dalam kumpulan ini ialah,
1. NUR DANIA BATRISYIA BINTI MOHD FAIRUS
(A165650)
2. NORASIKIN BINTI RAZALI
(A165256)
3. MUHAMAD SHAFIQ BIN AZIZ
(A155810)
4. NURUL NAJIHAH BINTI JAMALUDDIN
(A165993)
5. NUR WAHIDAH BINTI ZULFIKRI
(A166073)
Tugasan bagi kursus ini adalah untuk melaksanakan projek yang bertemakan 'We Care We Share."
Melalui tema tersebut, kami telah sepakat untuk menjalankan program #TaknakStraw yang bertujuan untuk mendidik orang awam, terutamanya warga kolej akan bahaya penggunaan straw plastik ke atas alam sekitar. Pada masa ini kami masih dalam proses untuk menyediakan kertas kerja bagi program yang diusulkan. Diharap agar proses ini akan berjalan dengan lancar, dan semoga sahaja dapat diterima baik oleh semua.
Sekian.





Comments
Post a Comment