Posts

Video Pelaksanaan Projek

Laporan Minggu 13

Pada minggu ke 13, kami sudah mula memanfaatkan hasil dari jualan straw mesra alam kepada saluran yang sepatutnya. Perancangan kami untuk menderma kepada anak yatim tidak dapat dilaksanakan kerana jumlah keuntungan yang sangat sedikit. Sebaliknya, kami telah membuat perancangan baru, iaitu dengan keuntungan tersebut, membeli mineral dan didermakan kepada warga kolej. Secara kebetulan juga, pada minggu tersebut telah bermulanya bulan puasa. Maka, pengagihan berlaku selepas solat Tarawih di dewan KKM. Kami berharap, dengan usaha kami ini dapat memberi manfaat buat semua. Dan kami juga berharap, projek ini dapat dijalankan semula pada masa akan datang dengan lebih baik biarpun setelah selesai kursus. Melalui projek ini, ia telah memberi impak yang mendalam dalam diri setiap individu dalam kumpulan kerana berupaya untuk menyumbangkan sesuatu dan membuatkan orang lain tersenyum. Kami juga sudah mula meraih keyakinan diri untuk mula bercakap dengan orang yang tidak dikenali dan cuba untuk

Laporan Minggu ke 9-11 (Pelaksanaan Projek)

Image
Projek ini telah berlangsung bermula pada minggu 9 hingga 11 bertempat di Kolej Keris Mas. Perancangan awal adalah untuk menjalankan projek ini pada setiap Selasa dan Rabu malam, namun terpaksa ditukarkan mengikut fleksibiliti ahli kumpulan. Kami telah mengambil pendekatan kempen dengan pergi meja ke meja di kafeteria untuk memberi taklimat ringkas mengenai straw plastik dan kesannya terhadap alam sekitar sambil mempromosi penjualan straw mesra alam yang dijual pada harga RM1 setiap satu. Perkara ini mungkin terlihat mudah bagi sesetengah orang, namun ianya merupakan sesuatu yang mencabar buat diri kami kerana: 1) sukar untuk serius dalam berkempen apabila berhadapan rakan-rakan sendiri 2) susah untuk mendapatkan kerjasama warga kolej untuk meluangkan masa bagi kempen yang dijalankan 3) perlu mempromosi straw mesra alam yang dijual tanpa disalah anggap dengan tujuan sebenar berkempen Selain itu juga, kami tidak meraih keuntungan yang banyak dari hasil penjualan, hanyalah sekitar

Laporan Minggu ke-7 dan 8.

Image
Minggu ke-7 dan 8 adalah di mana kami ahli kumpulan mula mencari bahan rujukan dan juga bahan berbentuk fizikal bertujuan untuk kempen. Bahan-bahan rujukan yang digunakan untuk mendidik masyarakat, khusunya warga Kolej Keris Mas perlu dicetak untuk dijadikan poster. Bagaimanapun, dengan kekangan wang, poster yang dihasilkan tidaklah gah. Dengan kekurangan ini, kami telah sepakat untuk menjadikan projek ini secara kecil-kecilan dan bukan secara besar-besaran iaitu bukan dengan melakukan kempen secara terbuka di khalayak ramai. Pada masa yang sama, masih mengekalkan konsep 'We Care We Share' dan menepati objektif-objektif projek ini dilaksanakan. Kami juga telah mula mewujudkan satu laman sosial di Instagram bagi menderi pendedahan kepada orang awam mengenai keburukan penggunaan straw sebelum melaksanakannya secara realiti di kolej. Laman sosial bagi projek ini digunakan bagi tujuan posting-posting yang mendidik masyarakat mengenai keburukan penggunaan straw plastik. Kami bercad

Laporan Minggu 5-6

Pada minggu kelima dan keenam, kami masih dalam fasa pembikinan dan penambah baikan kertas kerja. Pelbagai faktor perlu dipertimbangkan agar projek yang bakal dilaksanakan akan mendatangkan impak yang mendalam, tidak hanya semata-mata bagi tujuan kepentingan subjek untuk diri sendiri. Kami telah merujuk Puan Fatin dan menerima maklum balas seperti perlu memperbaiki sumber kepada inspirasi projek, iaitu mencari sumber yang berkenaan berkaitan dengan bahaya penggunaan straw plastik. Kami bertindak agak pantas setelah respons diberikan iaitu dengan memperbaiki kertas kerja sebagaimana yang dikehendaki oleh beliau. Pada peringkat ini, kerjasama antara ahli mulai wujud. Cabarannya hanyalah ketetapan masa yang berlainan menyebabkan hanya beberapa ahli dapat bertemu dengan Puan Fatin untuk merujuk hasil kerja.

Laporan Minggu 1-4

Pada minggu pertama kuliah sehigga minggu keempat kuliah, kumpulan kami bermula agak lambat dengan tugasan projek yang diberi kerana masih dalam proses penubuhan ahli kumpulan. Pada mulanya, kumpulan kami hanya terdiri daripada empat orang pelajar, yang setiap satunya merupakan pelajar dari jurusan bidang yang sama sebelum dianggotai oleh seorang pelajar baharu.Situasi menjadi agak kekok dengan kehadiran ahli baru, memandangkan jantinanya juga berlainan dengan ahli-ahli lain dan sudahpun berada pada peringkat tahun tiga pengajian, tidak seperti yang lain yang masih berada di tahun satu.. Bagaimanapun, situasi ini ditangani dengan memperbanyakkan komunikasi di alam maya agar menjadi mudah untuk mesra ketika berhadapan secara terus.